Persiapan Awal


1 Jun 2020

Welcome to my  travel  recipes ( home recipes as well !!) 
Simple, Fast & Healthy Meals.. Feel like Home




Pengenalan


Terdapat banyak sekali Blog tentang resipi dan makanan yang boleh kita search dalam internet, antara yang terkenal Tasty, Azie Kitchen, MyRasa, Rasa.my, SirapLimau, NamakuCella dan banyak lagi. Blog saya ini lebih tertumpu kepada resepi dan penyediaan makanan yang sesuai untuk Traveler atau para pengembara seperti saya dan sesetengah dari anda. Ada setengah makanan ini saya prepare dirumah, pack dan buat bekalan semasa travel. Ada juga resipi yang saya masak semasa diperantauan terutama bila duduk di apartment atau villa yang mempunyai kemudahan memasak.

Saya juga akan selitkan beberapa resepi masakan yg kerap dimasak dirumah dan digemari oleh ramai kanak-kanak dan juga orang dewasa.


Mengapa Perlu Masak Sendiri?

Mungkin ada orang berpendapat, "buat apa nak masak, bukan kita nak holiday ke?." Ya benar, hal ini tergantung kepada individu dan keperluan masing-masing. Aktiviti ini mungkin tidak perlu jika semasa travel, anda duduk di hotel yang mana anda tidak dibenarkan masak sama sekali.  Begitu juga jika  anda ikut tour package yang mana makanan telah termasuk dalam pakej anda ataupun anda mungkin  travel sendiri tetapi lebih selesa untuk makan di luar saja. Ada orang tak suka nak renyah, tak suka nak susah payah apa lagi kalau yg kocek sentiasa penuh..😉


Dalam hal mereka yang kerap travel dan buat plan sendiri, apatah lagi kalau dalam kumpulan 4-6 orang atau lebih, sebolehnya kita akan cari tempat penginapan yang ada kemudahan memasak. Maklumlah bila kita travel, duit tetap menjadi isu utama. Duit kita sangat rendah nilainya di negara luar seperti Eropah, Turki, Australia, New Zealand, Hong Kong, Korea, Jepun, US dan mungkin at par pada sesetengah negara kecuali disetengah negara asean. Harga makanan boleh menjadi sangat tinggi. Bayangkan kalau makan tengahari 15-20 dan makan malam pun harga yang  sama maknanya satu hari untuk makan diluar kita akan habis antara 30-40 (RM150-RM200) sehari untuk 2 orang. Padahal dengan harga yang sama, kalau masak sendiri boleh makan 5-8 orang siap boleh makan breakfast, lunch dan dinner. Dalam hal saya, semasa travel saya tidak masak setiap hari dan kami juga tidak duduk di apartmen sepanjang masa. Ada masa kami makan di luar juga.

Kadang-kala ada juga keadaan di mana kita terpaksa bawa bekalan makanan bila keluar melawat.  Macam anak-anak saya masuk ke Disneyland Paris baru-baru ni, masuk sehari suntuk membawa ke malam. Atau semasa kami pergi tempat yang jauh dari bandar besar atau ke puncak gunung seperti Mount Titlis Swiss, Hallstaat di Austria, Neushwanstein Castle di Fussen dan banyak lagi yang mana kami masak terlebih dahulu dan bawa pek food. Kami makan dalam tren atau berhenti di taman yang biasanya ada stool dan meja. Cuaca yang sejuk dan nyaman serta persekitaran yang bersih serta berada jauh dari tanah air menjadikan semua makanan yang simple pun jadi sedap !


Apa Yang Perlu Di Masak?

Tentang jenis makanan pula, di mana-mana negara luar pun menunya standard, samada Pakistan, India atau Arab. Arab pula yang biasa adalah Lebanese, Morrocon, Egypt dan lain-lain dengan jenis makanan seperti Kebab, Pizza, Shawarma, serta pelbagai jenis nasi dengan lauk daging atau ayam. Mereka inlah saja bangsa yang berani membuka perniagaan makan di merata-rata ceruk dunia. Orang melayu Malaysia ada juga tapi tak banyak. Ada ramai juga Cina Malaysia yang buka di LA, Frankfurt, Munich, Australia dan beberapa tempat lagi.  Kadang-kadang jemu juga makan makanan Arab atau Pakistan. Sesekali nak juga makan nasi putih dengan 2,3 jenis lauk dan sambal. Sambal sememangnyalah menu wajib yang tak boleh tinggal lama!😀


Oleh itu sebelum travel, sebaiknya sediakanlah makanan backup yang tahan lama seperti sambal goreng ikan bilis, acar buah atau acar ikan masin, serunding daging dsbnya yang pasti akan menyuntik deria rasa anda. Kalau malas nak buat, yang jenis grab kat rak kedai pun banyak. Saya biasanya prepare sendiri. Maklumlah bab makan ni saya memang cerewet sikit. Kalau jual kat kedai tu ada saja yang tak kena.

Apa Yang Perlu Di Bawa?


Bila kita travel, aktiviti yang utama tentulah melawat. Makan memanglah perlu. Tak de tenaga macammana nak jalan. Kena pulak kalau kita travel sendiri, memang banyak berjalan kaki. Even kalau sewa kereta pun, parking kereta bukan boleh sesuka hati. Masih tetap kena berjalan jauh. Jadi kalau boleh kita nak masa masak itu sesingkat yang boleh dan  masakan pula seringkas yang boleh. 

Oleh itu saya sering membawa, perencah pelbagai jenis masakan yang kita tak perlu nak tumis dan nak sedia rempah ratus yang beraneka ragam. Kita kena buat planning apa dan berapa banyak nak di bawa. Ia akan bergantung kepada jenis masakan dan berapa kali kita nak masak. Kalau boleh kita tak nak bawak berlebihan sangat sebab banyak benda lain yang nak diisi dalam beg tu.

Antara yang sering saya bawa bila ke luar negara adalah:

1.  Perencah Brahim / jenama lain pelbagai perisa.
2.  Pek Nasi Tomato/ Nasi Lemak / Nasi Beriani ( Tak perlu banyak / utk backup jer )
3.  Sardin Tin Kecil 
4. Kari Ayam tin Adabi dan lai-lain
5. Tuna Sandwich 
6.  Sambal Hijau/ Sambal Belacan 
7.  Serunding Daging/ Ayam
8.  Sambal Ikan Bilis Garing
9.  Acar Buah/ Acar Ikan Masin
10. Milo / Teh
11. Biskut Cream / Oreo dsbnya

Bahan-bahan yang boleh di beli di Halal Mart (di  Luar Negara )

1. Ayam
2. Daging Lembu/ Kambing
3. Ikan Salmon / Jenis Lain ( kalau dari China cuba elak dari beli )
4. Telur
5. Sosej ( Turki )
6. Cendawan
7. Sayuran ( Timun/ Tomato / Salad /Kobis/ Capsicum ) 
8. Bawang Holland
9. Beras
10. Garam/ lada hitam / Minyak. (Biasanya setiap apartmen telah sedia ada samada disediakan oleh Owner atau ditinggalkan oleh Penginap sebelum )

Anda tak perlu beli serentak barang basah. Beli sekadar keperluan sebab kita tidak mahu mengheret beban tambahan bila bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Untuk bahan mudah rosak seperti ayam, daging dan ikan, make sure beli sekadar untuk kita masak disatu-satu tempat. Kalau kita travel dengan kereta sewa, tak de masalah nak angkut. Macam saya travel di Austria. Kami ambil kereta di Vienna, Austria pulangkan di Innsbruck, Austria. Di Vienna kami jumpa halal market seperti pasar malam di tempat kita. Jadi saya pun borong ayam, daging dan sayur untuk ration 3 hari makan.

Nak cari kedai atau restoren halal, sekarang ni dah senang, google jer semua keluar, Tapi kalau bab restoren ni kena check lebih sikit. Kadang Google ni, yg tak halal pun dia kata halal. Biasanya saya akan baca review dulu, tengok komen pengguna. Kalau dah sampai kedai tu, biasanya saya akan tanya dulu tuan kedai atau pekerja untuk confirm ataupun tengok jer keliling. Kalau ramai local muslim kat dalam, insyaAllah selamat.😀

Bagi sesiapa yang sudi dan berminat untuk mengikuti perjalanan saya di merata tempat, sila lawati Laman Travel saya. 
Saya fikir cukup dulu sebagai pengenalan awal, sehingga bertemu di lain masa.
Salam hormat 







Comments