RotiSandwichSosejTelur




Sandwich Filling





Saya sering menyediakan makanan yg simple ini sebagai breakfast bila berada diluar negara. Sangat cepat disediakan juga sangat sedap dan mengenyangkan. Nak pek bawa kemana-mana pun mudah. Beli jer roti sandwich dan bahan2 lain dari hypermarket atau halalmart.  Selalunya kami singgah kedai selepas seharian berjalan untuk beli keperluan makan malam dan besoknya.





Peloni / Sosej
Peloni/ Sosej


Bahan - bahan

1 buku Roti Sandwich (loaf bread pun ok)
1 pek Peloni atau sosej besar biasa ada jual di halalmart.
1 atau 2 biji Capsicum ikut suka nak color apa dipotong kecil.
Setengah Pek Cendawan butang segar dihirs nipis.
1 biji Bawang Holland dipotong dadu kecil
1 biji Tomato potong dadu kecil
4 biji Telur.
Satu sudu kecil lada hitam
Satu sudu besar Sos Cili,
Satu sudu besar Sos Tiram..kalau tak ada pun ok
Garam secukup rasa.

Cara-cara:
Goreng bawang sampai layu, masukkan sosej, sos cili, sos tiram dan lada hitam. Masak sehingga sosej masak baru masukkan bahan lain satu persatu. Masukkan garam, kacau rata. Last sekali pecahkan telur, pukul dulu dlm mangkuk lain baru tuang rata ke dalam kuali. 






Kacau dan pecah2kan atau potong siap-siap ikut saiz roti semasa dlm kuali. 
Biar seketika. Kemudian angkat dan letak atas roti yang telah disapu mentega dan dipanaskan. Picit mayonis dan sos cili atau tomato.





Kalau dirumah saya lebih suka buat roti loaf sendiri. Nanti saya sharekan resepi roti yang biasa dibuat. Lebih sedap dan yakin bila buat sendiri.






Comments