Acar Ikan Masin


Resepi Acar Ikan Masin



Resipi yang saya kongsikan ini, insyaAllah sangat sedap. Saya telah mencuba beberapa jenis acar dipasaran tapi nak cari yang sedap dan memenuhi citarasa agak sukar. Saya mengambil idea masakan ini dari blog namakucella.blogspot.com. Terima kasih Cella. Tapi saya ubahsuai bahan-bahan yang dimasukkan. Saya tak berapa suka buah-buahan jeruk yang pelbagai jenis dan warna. Yang jual kat pasar tu tak tahu datang dari mana dan banyak pewarna tiruan. Jadi, saya hanya menggunakan bahan  yang fresh, yang saya suka makan dan yang tahu asal-usulnya, seperti kismis, prune ( beli yg YusufTaiyoob), limau kasturi belah 2 atau 4 dan keringkan dalam oven, cili padi saiz besar dan lain-lain bahan yang biasa. Ikan masin saya pakai ikan talang yang biasanya dibeli di Pasar Tani. Boleh juga guna ikan kurau tapi harganya biasa 2 kali ganda ikan talang. 


Bahan-bahan:

Ikan Talang,200gm dipotong kecil dan goreng garing
Kismis 200gm
Prune  300gm dibelah 2 atau 3 ikut saiz
Limau Kasturi 8-10 biji dibelah 2 atau 4, keringkan dalam oven.
Bawang Kecil 15-20 biji jika besar potong 2  )
Bawang Putih 15-20 biji                                 ) direndam dalam 1/2 botol cuka makan
Halia 1 inci dihiris nipis dan potong panjang. ) selama 30min atau lebih untuk rangup.
Cili Padi  20-30 biji
Cili Kering 100 gm dikisar halus bersama 2 biji bawang besar..nak lebih pedas lebihkan cili.
Kari 2 sudu
Halba 1pek
Cuka makan   1/2 botol ( Beli yang natural lebih sihat, mahal sikit dari cuka makan biasa )
Minyak 1 setengah cawan, sedikit garam dan gula merah




Cara-cara:

Panaskan minyak, goreng halba sebentar, masukkan cili kering dan bahan kisar lain dan goreng lama. Biarkan sehingga 2 jam atas api yang sederhana perlahan, dikacau selalu dan tambah air jika kering. Campurkan 2 sudu serbuk kari ikan dan teruskan menggoreng sehingga gelap dan pecah minyak. Tambahkan gula merah dan sedikit garam. 
Masukkan bahan-bahan lain satu persatu dan akhir sekali ikan masin goreng. Bahan yang direndam dalam cuka, masukkan sekali cukanya. Kacau bagi sebati. Biarkan dalam 20 minit lagi. Kalau perlu tambah garam. 
Masakan ini memang banyak minyak sebab minyak tu akan jadi sebagai bahan pengawet semula jadi. Masa nak makan janganlah kaut minyak sekali yer. 

Selepas sejuk betul baru masukkan dalam botol dan ready untuk di pek. Kalau nak makan kat rumah, tinggallah sikit yer. Yang nak bawak travel, jangan lupa balut botol dengan cling wrap 2, 3 lapis dan seal dengan cellotape dibahagian penutup. Kita tak nak nanti ada minyak yang mengalir kat baju atau beg kita. Biasanya saya balut lagi dengan aluminium foil dan masuk dalam plastik.

Setakat ini yang saya bawa merata  belum pernah ada masalah kena tahan.  Hanya di USA mereka tanya apa bahan yang di dalam. Asalkan tiada daging, biasanya lepas.

Selamat mencuba!





Comments