Roti Bun Lembut

Roti Bun Lembut


Roti Bun ni banyak jer jual kat kedai tapi tentulah tak sama dengan kita buat sendiri. Keenakan, kesucian dan keharumannya pasti akan membangkitkan selera. Kalau kita di luar negara sekalipun senang nak buat sebab biasa dapur apartmen atau homestay yang kita tempah pasti ada oven. Kalau  cicah kopi atau air milo, 2 atau 3 orang makan memang boleh habis satu tray nih. 




Bahan-bahan

1 cawan (240ml) susu kotak apa-apa jenis disuamkan. Jangan panas sangat

2  sudu teh  yeast Mauripan atau apa-apa brand.

2 sudu besar gula pasir

2 sudu besar air suam

1 biji telur besar (optional)

1/4 cawan (60g) mentega tanpa garam yang lembut.

1/2 sudu teh garam

3 cawan (375g) tepung serba guna atau tepung roti

Bread Improver 1 sudu teh ( kalau guna tepung biasa baru saya pakai)

 

Cara-cara menyediakan doh bun:

Campurkan air suam, yeast, dan 1 sudu gula bersama-sama di dalam mangkuk.  Pukul sedikit. Biarkan selama 5-8 minit sehingga nampak campuran mengembang. Kalau tak kembang kemungkinan yeast tidak elok atau dah expired atau air terlampau panas. 

Masukkan tepung, baki gula, telur, butter, garam ke dalam mangkuk mixer. Dengan menggunakan  cangkuk doh, pukul bahan kering dengan kelajuan rendah selama 1 atau 2 minit dan kemudian masukkan susu suam sedikit demi sedikit  dan naikkan kelajuan sederhana dan pukul lagi selama 8-10 minit sehingga doh menyatu. Kalau nmpk sedikit lembik tak mengapa. Kalau uli tangan teruskan menguli dengan tabur sedikit tepung supaya tangan tak melekat.



Sekiranya tidak memiliki mesin mixer, anda boleh mencampurkan adunan ini dengan sudu kayu besar, gaul rata dan uli dengan tangan selama 12-15 minit.

Berpeluh jugaklah. Tapi saya memang tak larat la.

1st Rise:

Griskan sedikit mangkuk besar dengan sedikit minyak. Saya biasa guna minyak zaitun sebab bila bakar baunya harum. Keluarkan adunan kedalam dulang atau ke atas meja. Tabur sedikit tepung supaya tidak melekat. Doh sepatutnya lembut. Uli sedikit, bentukkan bulat dan kemudian masukkan ke dalam mangkuk tadi dan tutup dengan cling wrap/ alum foil.





Biarkan doh kembang selama 1-2 jam atau sehingga dua kali ganda saiznya. (Saya selalu biarkan naik kira-kira 1 jam atau lebih sedikit.

Griskan loyang berukuran 9 × 13 inci atau dua loyang persegi 9 inci atau bulat.

Selepas doh naik kembang, keluarkan dan tumbuk-tumbukkan ke bawah untuk melepaskan udara. Bahagikan adunan menjadi 9 kepingan yang sama. Kalau rajin timbanglah, nanti cantik kejadiannya dan sama jer besar. Saya bahagikan agak-agak saja dan kemudian bulatkan, tidak perlu sempurna sangat! Susun dalam loyang yang telah siap.

2nd Rise: 

Tutup Loyang yang berisi doh dengan foil atau wrap. Biarkan naik sehingga doh mengembang untuk kali kedua kira-kira 50min hingga 1 jam. Ada beza dari segi tekstur dan kelembutan kalau kita nak cepat bakar. Sayapun kalau nak cepat dan suntuk masa, lepas setengah jam saya dah bakar. Hasilnya agak padat sedikit tapi tetap sedap.

Laraskan rak oven ke kedudukan yang lebih rendah dan panaskan oven hingga 350 ° F    (177 ° C). (Sebaiknya bakar roti di bahagian bawah oven supaya bahagian atasnya tidak terbakar.)

Bakar selama 20-25 minit atau hingga coklat keemasan di atas.

Keluarkan dari ketuhar, sapu dengan mentega, dan biarkan bun sejuk selama beberapa minit sebelum disajikan.



Roti ini boleh tahan selama 3-4 hari jika dibiarkan pada suhu bilik atau di dalam peti sejuk sehingga 1 minggu.

Kalau tak berapa nak menjadi, teruskan mencuba. Kadang bila kita sukat tepung terpadat sikit. Yeast yang digunakan mungkin kurang baik ataupun uli tak cukup lama. 

Selamat mencuba.

Comments